awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panama Dance: 'Ada wajib, harus dan haram' - Imam Muda Fakhrul

Sinar Harian
Sinar Harian
12/03/2018
00:34 MYT
Panama Dance: 'Ada wajib, harus dan haram' - Imam Muda Fakhrul
FAKHRUL: Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. - Foto Sinar Harian
"Menari ini banyak hukum, wajib, harus dan haram,” demikian penjelasan Imam Muda Fakhrul.
Katanya, hukum wajib sekiranya suami suruh, harus pula sekiranya seorang atau sama-sama kawan satu jantina, atau sesama mahram, sementara haram pula kalau menari dengan bukan mahram sama ada berdua atau beramai-ramai.
“Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah,” katanya yang dikongsi di Facebook rasminya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung isu tarian Panama yang tular di laman sosial sekarang.
Tarian Panama sebelum ini menjadi tular apabila ia dilakukan secara beramai-ramai antaranya di agensi kerajaan, hingga ia ‘berjangkit’ untuk dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita.
Dalam pada itu, kata Imam Muda Fakhrul, ada orang ada bertanya kepadanya di mana haramnya tarian itu, dan beliau menjelaskan ada sebab hukum tarian itu jatuh haram.
“Orang kata pulak, ‘haram tang mana pulak ustaz oi’, tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain-kain tu tak jelas ke haramnya?
“Perlu dalil al-Quran, Hadith ke? Alaaaahhhh nak seronok lepas stres (tekanan) sikit pun tak boleh!” Apa kata kita seronok sampai masuk syurga. Pasti tak stres kat sana,” katanya.
BACA: Abang bomba, JPJ sahut Panama Dance Challenge!
BACA: Panama Dance selesaikan masalah stress anda - PU Azman
Dalam pada itu, beliau menasihati agar jangan ada lagi kapsyen 'kami sudah ‘berpanama dance’ ramai-ramai ni, korang bila lagi?'.
“Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. Buat trend tu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama, Islam itu mudah tapi jangan bermudah-mudah,” katanya.
Topic Berkaitan
#haram
#harus
#Imam Muda Fakhrul
#menari
#Panama Dance
#tarian Panama
#Wajib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan