awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan artis muat naik gambar intim, Mufti Kelantan beri nasihat

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/10/2016
09:05 MYT
Pasangan artis muat naik gambar intim, Mufti Kelantan beri nasihat
Hendak berkongsi kebahagiaan di mata umum haruslah berpada-pada. - Gambar hiasan
BIARPUN Islam menggalakkan pasangan suami isteri menunjukkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain, ia perlu dibuat berlandaskan adab yang telah dianjurkan.
Itu nasihat yang dilontarkan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, selepas isu gambar mesra yang dimuat naik oleh dua pasangan selebriti ke akaun Instagram masing-masing.
Mohamad Shukri memberi contoh, tiada halangan untuk pasangan itu berbuat demikian di rumah atau di mana-mana sahaja tempat yang tertutup.
Netizen sebelum ini mengkritik tindakan kedua-dua pasangan artis berkenaan memuat naik gambar intim mereka ke laman sosial dan menyifatkan ia sebagai tidak sesuai.
Memetik komen Mohamad Shukri kepada portal mStar Online, Islam menganjurkan amalan beradab dalam setiap tindak-tanduk, tidak kira dalam aspek apa sekalipun.
Tanpa meneybut mana-mana nama, menunjukkan keintiman secara terbuka, kata Shukri, adalah dilarang kerana boleh membawa kepada banyak perkara negatif termasuk fitnah.
"Akhlak seseorang dalam Islam tidak diizinkan untuk bercumbu-cumbuan di tempat awam.
"Jika ingin bermesra, ada tempat privasi dan ia tidak perlu dipertontonkan kepada umum, " ujar Mohamad Shukri, seperti yang dipetik dalam portal berkenaan.
Topic Berkaitan
#artis
#Datuk Mohamad Shukri Mohamad
#Mufti Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan