LIFESTYLE
Pasar Sentral Sibu dibanjiri buah-buahan tempatan

Musim buah bermula pada Disember dan dijangka berakhir pada April - Foto AWANI Rangers UNIMAS / Mohammad Rezza Abdullah Bahida
Setiap hujung tahun, pelbagai buah -buahan tempatan akan berada di Pasar Sentral Sibu untuk dijual.
Buah-buahan tempatan tersebut ialah buah dabai yang sering mendapat sambutan daripada penduduk setempat mahupun pengunjung, buah rambutan, buah engkalak, dan raja buah iaitu buah durian.

Buah durian antara yang menjadi perhatian di Pasar Sentral Sibu
Segala hasil kutipan buah akan dijual di Pasar Sentral Sibu untuk dijual kepada orang ramai.
Hasil daripada tinjauan Awani Rangers, buah-buahan tempatan tersebut telah pun berada di pasaran untuk dijual kepada penduduk setempat.
Namun harga bagi buah-buahan tersebut masih agak tinggi.
Hal ini berikutan , permintaan hasil buah-buahan tersebut tinggi dan pembekal tidak dapat membekalkan sepenuhnya disebabkan buah-buahan tersebut masih diperingkat musim.
Menurut penjual, musim buah-buahan tersebut bermula pada Disember dan dijangka berakhir pada April.

Buah dabai antara yang menjadi tumpuan pengunjung di Sibu
Hasil buah-buahan tersebut datang daripada kawasan sekitar Sibu seperti Kapit, Belaga, Song, Kanowit dan pinggir Bandar Sibu.
Sepanjang permulaan musim buah-buahan ini, warga Sibu selalu berkunjung ke Pasar Sentral Sibu pada awal pagi demi mendapatkan buah-buahan yang masih segar.
________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Mohammad Rezza Abdullah Bahida dari Universiti Malaysia Sarawak.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***Awani Rangers UNIMAS ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami