Pengguna internet di Malaysia KINI semakin cenderung menggunakan aplikasi video dalam talian dan panggilan suara berbanding panggilan suara tradisional, menurut tinjauan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam kaji selidik terbaharu pengguna Internet 2018 (IUS 2018), SKMM berkata video dalam talian dan panggilan suara melalui aplikasi pesanan sosial di kalangan pengguna internet di Malaysia telah meningkat hampir 30 peratus tahun lepas berbanding 2016.
Ia berkata data kini semakin mampu diakses oleh pengguna dan trend ini menjadi norma bagi rakyat Malaysia.
"Sebanyak 87.4 peratus penduduk Malaysia kini menggunakan internet berbanding 76.9 peratus pada 2016. Pada masa ini, purata dunia adalah 51.2 peratus seperti dilaporkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam laporannya.
"Bagaimanapun, komunikasi melalui mesej teks menggunakan aplikasi pesanan sosial masih merupakan aktiviti dalam talian paling popular di kalangan pengguna internet di Malaysia (93.3 peratus pada 2016 kepada 96.5 peratus pada 2018)," kata SKMM.
Pada November 2018, Indeks Speedtest Global oleh Ookla melaporkan bahawa kelajuan muat turun jalur lebar tetap di Malaysia meningkat hampir tiga kali ganda kepada 58Mbps berbanding dengan 23Mbps pada Januari 2018.
"Pembangunan ini membolehkan rakyat Malaysia, terutama perniagaan untuk memaksimumkan potensi pendapatan mereka yang diperoleh daripada aktiviti dalam talian," menurut tinjauan itu.
Kajian tahunan, yang dijalankan antara 26 April hingga 10 Ogos 2018 melalui temuduga melalui telefon, melibatkan seramai 4,160 pengguna Internet di seluruh negara. Responden dipilih secara rawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 11 2019
Komunikasi melalui mesej teks menggunakan aplikasi pesanan sosial masih merupakan aktiviti dalam talian paling popular di kalangan pengguna internet di Malaysia. - Gambar hiasan.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pengguna internet Malaysia makin cenderung guna aplikasi video dalam talian dan panggilan suara
SKMM berkata dalam talian video dan panggilan suara melalui aplikasi pesanan sosial di kalangan pengguna internet di Malaysia telah meningkat hampir 30 peratus tahun lepas berbanding 2016.