awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi Harry Styles tamatkan Maraton Berlin bawah tiga jam

Agensi
Agensi
22/09/2025
01:30 MYT
Penyanyi Harry Styles tamatkan Maraton Berlin bawah tiga jam
Styles (kanan) bergambar bersama Richard Whitehead – pemenang dua pingat emas Paralimpik acara 200 meter. - Gambar Instagram @richard_whitehead_mbe
BERLIN: Penyanyi dan penulis lagu terkenal dari England, Harry Styles, mencatatkan masa kurang daripada tiga jam ketika menyertai Maraton Berlin pada Ahad (21 Sept).
Penganjur mengesahkan kepada agensi berita dpa, Styles, 31, merupakan seorang daripada kira-kira 55,000 pelari yang mengambil bahagian dalam acara tersebut yang dikenali sebagai laluan maraton terpantas di dunia.
Bekas anggota kumpulan One Direction itu dilaporkan menggunakan nama samaran Sted Sarandos serta tampil dengan ikat kepala dan kaca mata hitam ketika berlari.
Styles menamatkan larian dengan catatan masa 2 jam, 59 minit dan 13 saat – satu pencapaian berprestij dalam dunia maraton kerana masa bawah tiga jam dianggap penanda aras utama bagi ramai pelari jarak jauh.
Akhbar tempatan, Der Tagesspiegel, sebelum ini melaporkan Styles sudah beberapa kali dilihat berlari di Berlin sebagai persiapan ke perlumbaan tersebut.
Di garisan penamat, Styles turut dirakam bergambar bersama Richard Whitehead – pemenang dua pingat emas Paralimpik acara 200 meter – yang kini dalam misi menamatkan 20 maraton sepanjang tahun ini. Whitehead turut memuat naik gambar bersama Styles di Instagram.
Styles sebelum ini dikenali menerusi album sulungnya Harry Styles yang mendominasi carta album di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa negara lain, manakala album keduanya, Fine Line (2019), menampilkan lagu popular Watermelon Sugar yang memenangi Anugerah Grammy. - Agensi
Topic Berkaitan
#Harry Styles
#Maraton Berlin
#Sted Sarandos
#maraton terpantas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan