Setiap kali Syawal menjelang kita pasti akan melihat pelbagai fesyen baju digayakan, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa baik lelaki mahupun wanita semuanya ingin tampak bergaya pada hari lebaran.
Jika dahulunya baju kurung tradisonal dan baju Melayu Teluk Belanga dan cekak musang lazimnya menjadi pakaian wajib pada pagi raya, namun kini ia bukan lagi satu kemestian.
Faktor ledakan fesyen dengan kemunculan ramai pereka muda yang baru ditambah dengan pelbagai fabrik yang berada di pasaran termasuk yang diimport dari Vietnam, maka tidak hairanlah pelbagai fesyen baju kurung mahupun baju Melayu kini berada di pasaran.
Trend yang paling popular dalam kalangan wanita terutama remaja pada masa kini ialah peplum, baju yang sekali pandang kelihatan seperti ala-ala pakaian biduanita terkenal negara, Allahyarhamah Saloma dengan cekak di bahagian pinggang dan kembang di bawahnya.
Fabrik yang digunakan pula biasanya adalah dari jenis lace dan sifon dengan pemilihan warna yang digunakan biasanya agak terang.
Manik dan labuci juga digunakan di bahagian leher untuk menambah lagi seri pada baju peplum digayakan oleh si pemakai.
PEPLUM MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI
Bagi pemilik butik Koleksi Dang Anum Tengku Ahmad Rosli Tengku Abdullah, 42 yang bertempat di Plaza Angsana Johor Baharu, peplum memang menjadi kegilaan remaja dan dijadikan sebagai fesyen pilihan untuk bergaya pada hari lebaran nanti.
"Jika sebelum ini, baju kurung moden atau Pahang dan jubah menjadi pilihan, tahun ini jika dilihat kebanyakan butik menjual peplum kerana ia mendapat permintaan yang tinggi terutama dalam kalangan remaja wanita.
"Manakala untuk lelaki pula baju Melayu Cheongsam adalah antara yang menjadi pilihan pada ketika ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya, peplum serta baju lain yang dijual di kedainya selain diperoleh dari Vietnam, ia juga direka sendiri oleh kakaknya Datin Tengku Nor Azizan dan dihantar untuk dijahit di sebuah kilang di China.
Beliau berkata, peplum yang dijual di butiknya terdiri daripada dua jenis iaitu peplum yang berharga kurang daripada RM150 dan yang berkualiti tinggi yang berharga daripada RM180 hingga RM300.
"Namun peplum ini hanya bersifat bermusim tidak seperti baju kurung tradisional yang tidak lekang dek zaman dan sesuai tidak kira remaja mahupun yang dewasa," katanya yang telah membuka butik di tingkat dua Plaza Angsana sejak tujuh tahun lepas.
Selain peplum, butiknya turut menjual pelbagai jenis fesyen seperti baju kurung moden dan tradisional, blouse, jubah, baju Melayu, songket tenun dan songket.
HANYA BERMUSIM
Bagi seorang remaja Fitri Amirah Rahmat, 22 beliau menyediakan empat pasang baju raya pada tahun ini iaitu dua pasang baju kurung moden, sepasang peplum dan sepasang jubah.
"Peplum ini wajib sebab ramai rakan saya juga membeli peplum untuk untuk dipakai Hari Raya Aidilfitri nanti, tetapi bagi saya peplum hanya sesuai untuk dipakai pada hari-hari tertentu dan majlis khas sahaja tidak seperti baju kurung yang sesuai dipakai tidak kira masa," katanya, yang juga penuntut tahun dua sarjana muda perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ia turut dipersetujui oleh ibunya Yuhanita Mohd Hata, 40, yang berpendapat peplum hanya sesuai untuk golongan muda dan baju kurung juga yang kebiasaannya akan menjadi pilihan wanita dewasa sepertinya.
BATIK TETAP JADI TARIKAN
Tinjauan Bernama di Plaza Angsana mendapati, selain penduduk tempatan butik-butik di kompleks membeli-belah yang telah berusia 15 tahun itu turut menjadi tumpuan pengunjung dari Singapura untuk mendapat keperluan raya termasuk baju raya.
Antara yang menjadi tarikan mereka ialah butik yang menyediakan pelbagai pilihan pakaian batik dan songket dari Terengganu iaitu butik Key Ell Collection.
Bagi pemiliknya Rohaya Mohamad, 42, tidak seperti butik lain, butiknya tidak menjual peplum dan memberi tumpuan kepada pakaian batik termasuk batik sutera, sutera satin jacquard dan sutera creep.
"Lagipun kain sutera atau batik tidak sesuai untuk dibuat peplum, jadi kita hanya menjual baju kurung tradisional seperti baju kurung Pahang dan Alhamdulillah juga mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelanggan terutama dari Singapura.
Menurutnya, butiknya kini mempromosi baju kurung dari jenis batik cotton yang harganya lebih murah daripada batik sutera dan lebih mudah dibasuh.
Katanya, batik cotton menjadi terutama di mereka yang baru bekerja kerana selain harga berpatutan kualitinya tidak kurang daripada batik sutera.
Bernama
Tue Aug 06 2013
MetMalaysia kesan penipuan permohonan perolehan palsu
MetMalaysia mengesan kegiatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai kakitangan jabatan itu untuk membuat permohonan perkhidmatan dan bekalan tidak wujud.
MAHA 2024: Rusia buat penampilan pertama, komitmen terhadap piawaian Halal Malaysia
Rusia membuat penampilan sulungnya di MAHA 2024, menekankan komitmen mereka untuk mematuhi piawaian Halal Malaysia yang ketat dengan mempamerkan pelbagai barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG).
10 Berita Pilihan - (13 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu 14 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
WHO beri kelulusan kepada vaksin mpox Bavarian Nordic
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi lampu hijau kepada vaksin mpox Bavarian Nordic, suntikan pertama diluluskan agensi itu untuk membendung penyebaran penyakit itu di negara Afrika yang terjejas teruk.
Sven Goran Eriksson akan dikebumikan di Torsby
Upacara pengebumian Sven Goran Rriksson diadakan pada Jumaat 13 September di sebuah bandar kecil di Sweden. Eriksson yang merupakan bekas pengurus pasukan bola sepak kebangsaan England akan dikebumikan di Torsby, lokasi dia dibesarkan sebelum memulakan kerjanya dalam arena bola sepak.
Yahya Sinwar zahir ucapan terima kasih kepada Hizbullah
Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah atas sokongan mereka dalam konflik dengan Israel.
Amerika Syarikat perlu beri tekanan kepada Israel
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Gutteres menggesa Amerika Syarikat memberikan tekanan yang kuat kepada Israel bagi menghentikan kon
Golongan muda lebih peka, mahu teroka pasaran baharu
Mereka yang hadir majoritinya adalah golongan muda dan menariknya, mereka ingin mencuba pasaran baharu yang masih belum ada di Malaysia seperti digital dan peralihan tenaga.
Taufan Yagi: Ramai dikhuatiri terkorban di Myanmar
Skala sebenar kemusnahan disebabkan Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, dan Thailand masih belum dapat dipastikan sepenuhnya. Setakat ini, angka rasmi melaporkan sekurang-kurangnya 19 orang maut akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Myanm
Kreativiti pelajar istimewa semarakkan bulan kebangsaan
Program berkenaan bertujuan mengembangkan kemahiran murid istimewa serta menyemai semangat patriotik.
Tokyo 2020: Teknologi pantau tahap tekanan pemanah wanita no.1 dunia
Baju itu direka untuk menyalurkan maklumat tekanan darah termasuk denyutan nadinya sepanjang pertandingan kepada penonton di televisyen.
Anda mampu bezakan TOP yang tulen atau tiruan!
Bahagian atas bungkusan TOP yang tulen dipotong dengan menggunakan mesin, justeru ia kelihatan kemas dan tidak mempunyai bentuk potongan yang tajam.
ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM
Pihaknya mengesan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk berkenaan di dalam talian.
Mariah Carey, pakai baju pemberian peminat
Kehadiran penyanyi antarabangsa itu benar-benar membuatkan peminatnya teruja apatah kali terakhir pelantun My All ini ke Malaysia sekitar tahun 2014.
'Kaji juga warna baju dan bangunan sekolah' - Najib perli Maszlee isu kasut, stoking
Najib berkata beliau tidak faham mengapa ada yang mengkritik Maszlee.
'Baju bodo' Saloma diberi nafas baru
Anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma berhasrat untuk mempopularkan kembali busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan biduanita negara itu suatu ketika dahulu.
Tuah pakai baju Amirul Hamizan
Dua atlet muda negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin, bergilir-gilir memakai baju berwarna biru dan hitam milik Amirul Hamizan, yang juga pengurus pasukan.
Atlet luncur ais Korea cemas, baju hampir terlucut
Yura pada mulanya berasa takut sebaik menyedari cangkuk belakang bajunya itu tercabut ketika sedang memulakan aksi.
UNDIAN #TheDress: Apakah warna baju ini?
Laman media sosial hari ini kecoh kerana sehelai baju kerana warna baju itu menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk selebriti.