awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah

'Perempuan lepas mengandung gemuk, berbau' - Netizen kecam komen tak berhati perut

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/11/2018
10:35 MYT
'Perempuan lepas mengandung gemuk, berbau' - Netizen kecam komen tak berhati perut
Komen itu ditulis Firdaus sebagai respon kepada berita masalah rumah tangga yang menimpa pelakon Mia Ahmad dan suaminya Mohd Izham Tarmizi. -Instagram
SATU komen bernada provokasi dan sinis terhadap golongan wanita membuatkan seorang individu yang hanya dikenali dengan nama "Firdaus" di Facebook dikecam netizen.
Semuanya bermula selepas individu itu meninggalkan komen yang seolah-olah menyokong tindakan golongan suami curang ketika isteri berada dalam pantang.
Komen yang ditulis Firdaus di laman Facebook sebuah portal itu disifatkan netizen sebagai "sangat tidak berhati perut."
Komen itu ditulis Firdaus sebagai respon kepada berita masalah rumah tangga yang dihadapi pelakon Mia Ahmad dan suaminya, pemain bola sepak Mohd Izham Tarmizi.
BACA: "Syukur, saya hamil" - Mia Ahmad
BACA: 'Saya akan buat apa saja untuk selamatkan rumah tangga saya' - Mia Ahmad
Seorang pengguna Twitter, @izs_mael, kemudiannya membuat screen capture komen itu dan memuat naik ke akaun Twitternya yang kini sudah menerima lebih 17,000 retweet dan lebih 6,000 likes.
Salam girl, jangan kahwin dengan Firdaus ni okay? pic.twitter.com/8XsRWWm7Ex
— kSh (@izs_mael) November 9, 2018
Komen yang ditinggalkan 'Firdaus' di akaun Facebook portal berkenaan.
Komen yang ditinggalkan 'Firdaus' di akaun Facebook portal berkenaan.
Malah komen Firdaus di akaun Facebook portal itu juga menerima lebih 2,000 balasan.
Rata-rata netizen mempersoalkan di mana rasa kemanusiaan dan belas simpati seorang lelaki sehingga tergamak meninggalkan komen sedemikian.
Rumah tangga Mia dan suaminya, yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata dua bulan lalu, dilaporkan goyah sejak kebelakangan ini dan pasangan itu dilaporkan sedang berusaha untuk memulihkan keadaan.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Firdaus
#masalah
#Mia Ahmad
#Mohd Izham Tarmizi
#pelakon
#pemain bola sepak
#Rumah Tangga
#Tular
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.