DI Selatan Sudan sebanyak 40 peratus perkahwinan merupakan perkahwinan poligami dan faktor itu menyebabkan negara itu kekurangan wanita untuk dikahwini.

Kepada anda yang mungkin tidak tahu, poligami diharamkan di negara barat namun ia merupakan perkara biasa bagi negara Islam, Afrika dan juga sebahagian Asia.

Perkahwinan poligami juga dikatakan menyebabkan tercetusnya perang saudara dalam kalangan mereka.

BACA : Aplikasi cari jodoh 'Ayo Poligami' cetus kontroversi

BACA : Tak sanggup dimadu, isteri serang suami dengan pisau pemotong sayur


BACA : 'Empat isteri, bukan untuk suka-suka'

Negara yang membenarkan lelaki untuk mempunyai isteri lebih daripada seorang dikatakan akan mendatangkan keganasan.

Di Selatan Sudan misalnya, jika 10 peratus lelaki kaya dan paling berpengaruh mempunyai empat orang isteri setiap seorang maka 30 peratus lelaki yang biasa tidak akan boleh berkahwin.

Kebanyakan lelaki muda akan mengambil langkah terdesak bagi mengelakkan nasib ini terjadi kepada mereka.


Bagi lelaki muda yang tidak mampu untuk berkahwin kerana kosnya adalah bersamaan 100 ekor lembu menyebabkan mereka terpaksa membuat keputusan untuk mencuri lembu di kejiranan berdekatan.

Disebabkan itu, setiap tahun pasti akan ada yang terkorban akibat daripada tindakan terbabit.

Secara dasarnya, mereka cuba mengurangkan poligami namun adakah pengamal poligami akan berfikir dan mengambilnya sebagai satu perkara yang positif?