awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Promosi melampau suplemen bayi, Neelofa terkena tempias

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
05/02/2018
08:57 MYT
Promosi melampau suplemen bayi, Neelofa terkena tempias
Tindakan Neelofa memuat video mempromosi sebuah produk yang turut melibatkan bayi dan kanak-kanak menarik perhatian para doktor. - Sumber foto Instagram/Neelofa
"SALAM Neelofa, saya harap awak boleh elakkan mempromosi produk khususnya untuk kanak-kanak dan bayi.
"Ia boleh menyebabkan kemudaratan yang tidak perlu kepada organ dalaman mereka,” nasihat Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah kepada selebriti terkenal itu.
Ia susulan tindakan Neelofa memuat naik video yang mempromosi satu produk yang dikatakan boleh mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan serta mengembalikan keanjalan pada wajah.
Neelofa turut memuat naik saranan pengambilan yang melibatkan bayi dan kanak-kanak.
tu la pelik jugak untuk kurangkan kedut buatpa bagi baby / kanak-kanak consume. multi funtion kut chew and glow neelofa ni huhuhuhuhu pic.twitter.com/yqf2De39NU
— Eyra (@Nurrul_Eyra) February 4, 2018
Itu membuatkan netizen khususnya para doktor naik berang sambil menyifatkan tindakan Neelofa boleh memudaratkan.
Dengan aura yang dimilikinya, tidak mustahil ia boleh mempengaruhi orang ramai yang mungkin tidak mengendahkan kesan sampingan sekiranya mengambil produk berkenaan.
“Saya pasti anda tidak dimaklumkan dengan betul (penggunaan produk) oleh syarikat,” ujar Dr Rafidah lagi.
Salam @Neelofa I hoped you could avoid promoting products especially for kids and babies. It may cause unnecessary harm to their internal organs. I am sure you were not advised properly by the company. Thanks! Cc @drwaque https://t.co/QP1am34qdm
— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 3, 2018
Selain Dr Rafidah, tindakan Neelofa itu turut mendorong Pakar Dermatologi memuat naik pandangannya di Twitter.
Dengan menggunakan #MedTweetMY, Dr Hafsah Sazali menyeru barisan selebriti tidak membiarkan diri mereka menjadi alat promosi produk yang ada tuntutan perubatan.
“Pesakit eczema memang sasaran mudah penjual produk suplemen/makanan. Sampai bayi dan kanak-kanak pun nak digalakkan beri produk mereka. Dah hilang akal ke?,” tegasnya.
Pesakit eczema memang sasaran mudah penjual produk suplemen/makananbr>Sampai bayi &kanak-kanak pun nak digalakkan beri produk mereka. Dah hilang akal ke?! Saya menyeru selebriti2 seperti @Neelofa tidak biarkan diri jadi alat promosi produk yang ada tuntutan perubatan.#MedTweetMY
— Dr Hafsah Sazali (@hafsah_sazali) February 4, 2018
Beberapa pakar perubatan lain turut senada dengan Dr Rafidah dan Dr Hafsah sambil menekankan seseorang bayi itu tidak memerlukan suplemen sebaliknya hanya susu ibu.
Bagi bayi minum susu ibu je. Bagi ibu makan makanan berkhasiat supaya kualiti susu ibu bagus. Tak perlu bagi supplement pada bayi.
— DrSazOne (@drwaque) February 3, 2018
Tapi sebenarnya memang ada kondisi bayi dengan rupa yang tua. Ia dipanggil Progeria, suatu masalah genetik yang sangat jarang berlaku. Kulit mereka berkedut, badan mereka menua dengan pantas. Tiada ubat pada ketika ini. Dan saya pasti, supplement bukan jawapannya ye. pic.twitter.com/0bSLLmM719
— DrSazOne (@drwaque) February 4, 2018
Bayi dan kanak-kanak tidak perlu kulit putih melepak, ploles macam nilopak. Kulit bayi secara semulajadi cantik dan lembut. Mengapa hendak bebankan fungsi organ mereka dengan produk kesihatan/kecantikan? Bersyukur dengan apa Tuhan berikan kepada kita sekeluarga.#MedTweetMy pic.twitter.com/loS5hLasZf
— Dr Afiq Rahim @ DAR (@affick_rahim) February 4, 2018
Pakar jantung Dr Beni Isman Rusani ketika dihubungi Astro AWANI hari ini menasihatkan agar ibu bapa berhati-hati memberikan makanan tambahan kepada anak mereka.
"Secara amnya, bayi dan kanak-kanak tidak seharusnya diberi suplemen tambahan melainkan mereka di bawah pemerhatian dan rawatan doktor pakar kanak-kanak," katanya.
I don't recommend any supplement to babies & small children (please consult pediatrician). pic.twitter.com/xN5i7rGCOQ
— Dr Beni Rusani (@DrBeniRusani) February 3, 2018
Topic Berkaitan
#bayi
#Dr Beni Isman Rusani
#Kanak-kanak
#medtweetmy
#Neelofa
#produk
#suplemen
#susu
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan