awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
Papa Zola The Movie bakal tembusi pasaran antarabangsa mulai Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak cipta dua rekod dunia Guinness

Bernama
Bernama
04/05/2017
23:37 MYT
Sarawak cipta dua rekod dunia Guinness
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memegang tikar sepanjang 1.12 kilometer hasil kraftangan lebih 400 Orang Ulu bagi memecahkan Rekod Dunia Guiness dari hasil anyaman tikar paling panjang di dunia. - Foto Bernama
Sarawak menempa nama dalam Guinness World Records menerusi kejayaan sekumpulan wanita Orang Ulu dari Rumah Nyaving, Belaga menganyam tikar terpanjang dunia berukuran 1,128 meter panjang dan 28 inci lebar.
Rekod baharu itu sekali gus memadam rekod lama sepanjang 738 meter yang dicipta di Sweden.
Sarawak turut mencipta satu lagi rekod dunia Guinness apabila 440 orang berkumpul dalam masa lima minit sambil memperagakan pakaian ala kucing.
Keputusan untuk kedua-dua rekod itu diumumkan oleh Pengurus Guinness World Records Hoda Khachal dan sijil disampaikan kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis pelancaran Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di sini, malam tadi.
Terdahulu Uggah yang hadir mewakili Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis pelancaran AIFFA dengan melepaskan belon gergasi ke udara.
Para penonton yang hadir di Panggung Terbuka di Jalan Budaya di sini turut dihibur oleh beberapa selebriti termasuk pelawak terkenal Harith Iskandar, vokalis Alleycats Datuk David Arumugam, penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah dan pelawak terkenal dari Singapura Pua Chu Kang (Gurmit Singh).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Guinness World Records
#Orang Ulu
#rekod dunia
#Tikar terpanjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan