awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebab Ummi tak bawa adik mandi kolam! - Tular video murid seronok 'berkubang'

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
18/06/2019
03:41 MYT
Sebab Ummi tak bawa adik mandi kolam! - Tular video murid seronok 'berkubang'
Dalam entri ibunya yang dikenali sebagai Rozita Abdul Razak di akaun Facebook, dia dimaklumkan oleh guru sekolah, anaknya sedang bermain air.- Foto Facebook Rozita Abdul Razak
SEBAB Ummi tak bawa adik mandi kolam!
Alasan itu digunakan seorang murid sekolah rendah untuk berendam umpama raja di lopak air di sebuah padang sekolah.
Dalam entri ibunya yang dikenali sebagai Rozita Abdul Razak di akaun Facebook, dia dimaklumkan oleh guru sekolah, anaknya sedang bermain air.
Namun dia tidak menyangka, air yang dimaksudkan itu adalah lopak air hingga basah keseluruhan baju anaknya itu.
"Terkejut Ummi.. Ada cikgu bagitahu, “Ita anak ko main air!!.
"Ingatkan sikit-sikit je, rupanya dia berenang. Abangnya tegur, abangnya kena kejar.
"Bila tanya, jawapan dia, ummi tak nak bawa adik mandi kolam kenapa?
"Ummi malas nak kejar, nanti dia lari keliling sekolah, Ummi yang penat.
"Seronok berganda-ganda bila ramai penonton," tulisnya.
Berdasarkan foto yang dimuat naik, jelas menunjukkan anaknya itu benar-benar menikmati waktunya di ‘kolam’ tersebut dengan pelbagai aksi menarik.
Ia juga mendapat pelbagai reaksi netizen yang antaranya menyifatkan tindakan adik itu mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka.
Topic Berkaitan
#air
#anak
#berkubang
#Facebook
#guru
#Kanak-kanak
#kolam
#sekolah
#video viral
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan