LIFESTYLE
Skor kredit cemerlang? Peluang lulus pinjaman 5 kali ganda lebih cerah!

Pemohon dengan skor kredit cemerlang mempunyai peluang kelulusan pinjaman lima kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai skor rendah. - CTOS
KUALA LUMPUR: Pernah tertanya-tanya mengapakah permohonan pinjaman anda sering kali ditolak, walaupun gaji stabil dan komitmen terkawal? Jawapannya mungkin terletak pada satu nombor yang sering diabaikan iaitu skor kredit anda.
Menurut data terkini yang dianalisis oleh CTOS Digital Berhad, pemohon dengan skor kredit cemerlang mempunyai peluang kelulusan pinjaman lima kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai skor rendah.
Analisis yang melibatkan lebih 250,000 permohonan pinjaman, dibuat dalam tempoh sebulan selepas pengguna menyemak laporan MyCTOS Score, menunjukkan jurang ketara dalam kadar kelulusan pinjaman berdasarkan kategori skor kredit.
“Kredit bukan sekadar untuk berbelanja. Ia membuka peluang kepada rumah pertama, kenderaan, bahkan masa depan yang lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Interim Kumpulan, Kevin Loh.Menurut beliau, kefahaman tentang kesihatan kewangan diri sangat penting, terutamanya dalam membuat keputusan kewangan besar seperti membeli rumah atau memohon kad kredit.
Data menunjukkan, secara keseluruhan, kadar kelulusan pinjaman bagi mereka dengan skor kredit cemerlang berada pada 63 peratus, berbanding hanya 14 peratus untuk pemohon dengan skor lemah.

Carta palang bagi kadar kelulusan pinjaman keseluruhan. – Gambar CTOS
Dalam kategori pinjaman kenderaan, kadar kelulusan melonjak kepada 74 peratus bagi skor cemerlang, manakala pemohon skor lemah mencatat kadar hanya 9 peratus.

Carta palang bagi kadar kelulusan pinjaman automotif – Gambar CTOS
Bagi pinjaman perumahan, mereka yang mempunyai skor cemerlang menikmati kadar kelulusan 61 peratus, berbanding 22 peratus bagi yang lemah.

Carta palang bagi kadar kelulusan pinjaman perumahan – Gambar CTOS
Kategori pinjaman peribadi pula merekodkan kadar kelulusan 55 peratus untuk skor cemerlang, manakala hanya 11 peratus untuk skor lemah.

Carta palang bagi kadar kelulusan pinjaman peribadi – Gambar CTOS
Seterusnya, dalam permohonan kad kredit, pemohon dengan skor kredit cemerlang mencatat kadar kelulusan 76 peratus, berbanding hanya 10 peratus untuk mereka dalam kategori skor lemah.

Carta palang bagi kadar kelulusan kad kredit – Gambar CTOS
“Buat pertama kali, kami dapat membuktikan secara data betapa pentingnya skor kredit dalam keputusan pinjaman,” tambah Kevin Loh.
Skor kredit cemerlang juga bukan sekadar memudahkan urusan pinjaman malah ia membuka akses kepada kadar faedah yang lebih rendah, produk kewangan eksklusif, dan ganjaran yang lebih menarik.
Jadi, apa sebenarnya yang tentukan skor kredit anda?
CTOS menjelaskan bahawa skor kredit MyCTOS Score adalah nombor tiga digit yang diukur berdasarkan lima faktor utama:
1. Sejarah pembayaran: Adakah anda bayar pinjaman dan bil tepat pada masanya?
2. Jumlah hutang: Berapa banyak baki hutang aktif anda berbanding had kredit?
3. Tempoh sejarah kredit: Lagi lama anda mempunyai akaun kredit, lebih stabil skor anda.
4. Jenis kredit: Gabungan kad kredit, pinjaman rumah, peribadi dan lain-lain.
5. Permohonan baharu: Sejauh mana kerap anda memohon pinjaman atau kad kredit baru?
Melalui laporan MyCTOS Score, pengguna juga boleh menyemak rekod CCRIS, status litigasi dan kebankrapan, serta data syarikat melalui SSM.
Namun begitu, CTOS menegaskan bahawa mereka tidak menentukan kelulusan pinjaman. Keputusan akhir tetap di tangan institusi kewangan. Tetapi, skor kredit kukuh adalah antara kunci utama yang memberi kelebihan besar kepada pemohon.
Jadi, tunggu apa lagi? Semak skor anda hari ini di https://ctoscredit.com.my/ dan mula langkah bijak ke arah masa depan kewangan yang lebih terjamin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami