ANAK patung ataupun 'teddy bear' sememangnya menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak sebagai teman sepermainan.
Namun adakah 'teddy bear' ini dibenarkan disimpan di dalam rumah?
Sekiranya ia melibatkan permainan kanak-kanak kecil yang tidak diagungkan atau dimuliakan, ia dianggap sekadar barang permainan kanak-kanak.
Ia kerana sikap kanak-kanak bermain adakalanya mereka melempar patung tersebut dan meleraikan anggota patung mainan.
Maka, ia dibolehkan dengan syarat ia bukanlah patung yang besar dan hanyalah semata-mata patung kanak-kanak.
Pun begitu, kita disyorkan supaya mengelakkan permainan patung itu supaya tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan pemujaan dan sebagainya.
Gangguan Teddy Bear 1
Sama-sama kita hayati hadith ini
Terdapat larangan dalam beberapa hadith mengenai menyimpan dan meletakkan patung di dalam rumah serta mengukirnya.
Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ
Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.
Hadith riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016)
Rawatan pagi ini rawatan berjalan seperti biasa, tiga orang pesakit hadir menerima rawatan.
Usai rawatan pesakit terakhir, saya menerima satu mesej rawatan kecemasan di mana seorang wanita berusia hujung 20an sedang kerasukan dirumahnya.
Kerasukan yang bermula pada pagi sehingga tengah hari tanpa henti. Seperti biasa, sebelum ke rumah pesakit tersebut, beberapa soalan diajukan bagi memastikan keadaan pesakit dan persediaan yang perlu dilakukan.
“Boleh saya tahu ini siapa ya.”
“Saya Ahmad, adik pesakit yang ustaz rawat semalam.”
“Ok, kenapa dengan kakak?”
“Dari pagi tadi kakak menjerit-jerit, kaki dan tangan jadi keras dan bergerak tidak boleh dikawal”
“Baik, InsyaAllah saya akan datang pada jam 3:30pm, jangan layan apa yang kakak cakap dan perhatikan gerak geri dia sehingga saya sampai.”
Dalam kepala berfikir macam-macam. Pesakit ini balik daripada pusat rawatan semalam dalam keadaan tenang, tetapi apabila balik kerumah jadi semakin teruk.
Mesti ada sesuatu di rumah pesakit ini, hati saya terdetik.
Bismillah, perjalanan lebih kurang 25 minit dari pusat rawatan ke rumah pesakit dimulakan.
3:45pm saya sampai kerumah pesakit tersebut bersama dengan Ahmad (adik pesakit). Keadaan di rumah tenang, kakak yang tadinya kerasukan masih berada di dalam bilik.
Keluarga pesakit telah menunggu di bawah, tidak lama kemudian pesakit turun dari biliknya dalam keadaan resah dan separa sedar. Saya meminta pesakit duduk menghadap ke arah kiblat dan sesi ruqyah dimulakan di hadapan keluarganya.
Surah Al Fatihah dibacakan dan pesakit terus meraung menjerit tidak selesa.
“Kenapa kau datang tempat aku! Aku nak dia mati!”
“Di mana tempat kamu? Dengan izin Allah dan kehendak Allah, tunjukkan di mana?
“Sana!” pesakit menunjukkan arah di dapur dan bilik.
Tanpa berlengah, saya terus ke dapur dengan membawa sebekas air. Beberapa potongan ayat Ruqyah dibacakan antaranya dari surah Al Baqarah, Al Hasr, Al Mukminun, Ar Rahman, dan Muawwizat. Jam menunjukkan 4:32pm, tepat pada waktu asar.
Azan dikumandangkan ditengah-tengah rumah tersebut, pesakit semakin aggresif dan tidak keruan. Selesai azan, air yang telah diruqyah tadi dipercikkan sekitar dapur dan saya naik ke bilik pesakit tersebut bersama Ahmad.
Mata saya tertumpu pada satu patung 'teddy bear' yang besar sewaktu merenjis air dalam bilik tersebut. Mata patung ini bagai memerhatikan gerak geri saya.
Saya membawa patung ini turun ke bawah, serta merta pesakit ini merayu.
“Jangan apa-apakan dia. Itu tempat aku. Aku sudah lama duduk di situ. Aku temankan dia. Aku kawan dengan dia."
Dengan lantang saya berkata “Berpindahlah kamu wahai makhluk Allah! Sebelum patung ini dimusnahkan!"
Ruqyah terus dibacakan pada pesakit selama 20 minit dan dengan izin Allah, pesakit sedar dalam keadaan yang lemah.
Saya meminta izin pada pesakit dan keluarga untuk musnahkan patung ini dan mereka membenarkannya.
Sebelum patung ini dimusnahkan, saya bertanya pesakit beberapa soalan
“Sayang ke dengan patung ini?”
“Dia seperti anak saya,” sehingga menggelarkan dirinya 'mama kepada patung tersebut.
“Dia tempat saya meluahkan perasaan, dia tempat saya mengadu semua perasaan saya”
“Dia faham perasaan saya. Saya dapat rasakan dia ‘hidup’."
Nasihat dan panduan terus diberikan pada pesakit ini. Jin telah menetap pada patung tersebut sehingga pesakit merasakan patung tersebut hidup.
Patung ini akhirnya dibakar dan pesakit dapat merasakan sesuatu yang amat berbeza di dalam dirinya.
Gangguan Teddy Bear 2
Setelah pesakit sedar dan pulih daripada kerasukan bermula sesi perbualan antara saya bersama pesakit
“Istimewa sangat ke teddy bear ini?"
”Saya sudah anggap dia anak saya, setiap hari saya bercakap dengan dia, saya meluahkan perasaan kepadanya."
"Astaghfirullah, kita ada Allah, kita luah pada Dia, bukan pada patung ini. Syaitan suka kita berbuat begitu. Teddy bear ini sudah menjjadi sarang syaitan."
Pernah terjadi satu peristiwa, 'teddy bear' ini beralih sendiri dari atas katil ke bawah katil.
Pesakit ini juga mengakui dan melihat 'teddy bear' ini bergerak sendiri seperti hidup.
Antara gangguan yang dihadapi oleh pesakit ini adalah sering merasa gatal di seluruh badan. Dia juga menjadi seorang yang panas baran dan sangat sensitif.
'Teddy bear' ini dibakar dan dimusnahkan sejurus pulang dari rumah pesakit.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, pesakit tidak lagi merasa gatal-gatal di tubuhnya, menjadi seorang yang lebih tenang dan penyabar.
Semoga dengan pengalaman dan kisah ini dapat dijadikan iktibar serta pengajaran:
✅ Sentiasa memohon perlindungan Allah dengan mengamalkan zikir pagi dan petang yang Shahih
✅ Sentiasa mengadu pada Allah yang Maha Mendengar serta Maha Mengetahui
✅Tidak menyimpan anak patung untuk dijadikan sebagai hiasan dan “kawan”
✅ Kebiasaanya patung-patung ini menjadi sarang dan tempat tinggal jin hikmah.
Semoga bermanfaat
Kredit: Terapi Islam Ibnu Katsir – TIIBKA
Muhammed NorHezri Baharudin
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
Pa and Ma
Tue Sep 28 2021
'Teddy bear' itu dibakar dan dimusnahkan NorHezri sejurus pulang dari rumah pesakit. - Foto Pa&Ma.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Sheila Mambo cerita detik seram anak patung menangis siang malam
Setiap orang pasti punyai memori zaman kanak-kanak terutamanya yang gemar bermain anak patung!
Mattel perkenalkan patung Barbie dengan sindrom Down
Patung itu dihasilkan dengan beberapa ciri yang berbeza dengan patung Barbie lain, antaranya badan yang lebih panjang.
Patung Squid Game benar-benar wujud, lagu 'berhantu' jadi fenomena
Patung itu dibuat khusus untuk siri berkenaan, dan mengikut perjanjian, ia akan disimpan di muzium tersebut selepas tamat penggambaran.
Terlalu sayangkan 'teddy bear', wanita terkena gangguan misteri
Kita disyorkan supaya mengelakkan permainan patung itu supaya tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan pemujaan.
'Comel macam anak patung!' - Netizen cair tengok anak Fizo dan Mawar
Dalam foto yang tular itu, Maryam atau lebih popular dipanggil Cik Yam dipakaikan rambut palsu panjang paras pinggang dan dirakamkan dalam pelbagai aksi mencuit hati.
Disangkakan anak patung, rupanya bayi
Mayat bayi malang itu juga dipercayai dibuang ke dalam tong sampah di sekitar Dungun sebelum diangkut oleh lori sampah ke pusat pelupusan tersebut.
Kanak-kanak jahit anak patung untuk bahagiakan kanak-kanak lain
Koleksi anak patung yang dihasilkan oleh syarikat yang dinamakan Stitches by Charlotte itu direka khas untuk kanak-kanak yang sedang menjalani pembedahan.
Ibu terkejut anak perempuan main patung miliki kemaluan lelaki
Anak patung permainan kanak-kanak perempuan disertakan dengan alat kemaluan lelaki.
Coolnya! Achey naik RXZ hantar 'teddy bear' gergasi untuk Abam
Jika sebelum ini penghantaran ‘Teddy Bear’ gergasi sinonim sebagai hadiah yang diberikan oleh teman lelaki kepada kekasih namun lain pula baginya buat pelawak Achey Bocey.
Anak patung 'anti-Barbie' mula dijual di AS
Anak patung Lammily yang mula dijual di AS digambarkan sebagai rendah, berambut perang gelap, berukuran tubuh biasa dan juga mempunyai tanda selulit dan jerawat.