awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiba masa kita perlu buat aku janji jaga jantung demi elak penyakit kardiovaskular!

Bernama
Bernama
29/09/2018
23:13 MYT
Tiba masa kita perlu buat aku janji jaga jantung demi elak penyakit kardiovaskular!
Rakyat Malaysia perlu terus menjaga kesihatan jantung dan menjadi inspirasi kepada keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling untuk menjalani gaya hidup sihat. - Gambar hiasan
Setiap rakyat Malaysia disaran membuat aku janji untuk menjaga kesihatan jantung dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelak penyakit kardiovaskular, penyebab utama kematian.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan data Pusat Informatik Kesihatan kementerian, jumlah kematian yang disebabkan penyakit ini di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas adalah 10,284.
Selain itu, menurutnya, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2014 menunjukkan sebanyak 36 peratus atau 52,560 kematian yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan penyakit jantung dan strok.
"Diharapkan dengan aku janji yang telah dilafazkan oleh rakyat Malaysia ini dapat memberi kesedaran untuk terus menjaga kesihatan jantung dan seterusnya menjadi inspirasi dan motivasi kepada keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling untuk menjalani gaya hidup sihat.
"Dengan pengamalan gaya hidup sihat ini, penyakit jantung dapat dikawal dan dicegah, sekali gus mengurangkan risiko kematian pra-matang akibat sakit jantung dan strok dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Jantung Sedunia pada Sabtu, dengan tema "Dari Hati Ku Ke Hati Mu" ("My Heart, Your Heart").
Dzulkefly juga menyarankan agar setiap individu dapat menjalankan saringan kesihatan secara berkala dengan memeriksa Indeks Jisim Badan (BMI), tekanan darah, paras gula dalam darah dan juga kolesterol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Dzulkefly Ahmad
#jantung
#kesihatan
#penyakit kardiovaskular
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan