WALAUPUN terpaksa ditangguhkan setahun dan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton akibat pandemik COVID-9 yang melanda dunia, Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun kini sedang berlangsung dengan jayanya.
Ketiadaan penonton di dalam sebarang stadium atau arena tidak sedikit pun mengurangkan minat penonton untuk menyaksikan aksi atlet-atlet terbaik dari seluruh dunia untuk berentap menjadi yang terbaik.
Selain persaingan sengit serta semangat kesukanan yang tinggi dipamerkan perhatian kepada sesetengah atlet juga tidak kurang menarik.
Selain pemain handalan dalam ranking tertinggi di dunia, atlet yang memiliki personaliti menarik dan mempunyai paras rupa yang cantik juga tidak terlepas menjadi buah mulut peminat.
PENONTON TERPESONA
Pada Sukan Olimpik kali ini, pemain bola tampar dari negara Turki bernama Zehra Gunes telah berjaya mencuri perhatian ramai pihak dengan kecantikan luar biasanya.
Bukan hanya kemahiran dan skilnya yang jadi perhatian, penonton yang menyaksikannya di kaca TV rata-rata terpesona dengan paras rupanya.
Malah dilaporkan sebelum ini Zehra pernah tersenarai sebagai salah seorang atlet tercantik dalam sukan bola tampar dunia.
Zehra yang kini berusia 22 tahun dianggap bagaikan ratu cantik yang beraksi di atas gelanggang, apatah dirinya yang hadir dengan ketinggian 1.97 meter.
Bagaikan tahu kamera sentiasa bersedia merakam aksinya, Zehra tidak pernah lokek memberikan senyuman ketika beraksi.
Selaku pemain bola tampar profesional, Zehra bermain untuk VakiBank Sports Club, sebuah kelab di Istanbul.
Sebelum berangkat ke Olimpik, Zehra turut membantu pasukannya menjadi naib juara Turkish Super Cup.
Kemunculannya di Sukan Olimpik juga membuatkan ramai peminat sukan bola tampar berpusu-pusu mengikutinya di laman media sosial Instagram, @Zehragns18.
Dia juga dilihat sebagai seorang yang sangat pandai berfesyen.
Berikut merupakan beberapa fakta menarik tentang pemain bola tampar tercantik di Olimpik:
1. Beliau merupakan pemain bola tampar mewakili pasukan Turki.
2. Dilahirkan di Kartal, Turki pada 7 Julai 1999.
3. Mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.
4. Beraksi di arena sukan bola tampar pada tahun 2011 di bawah kelab Vafifbank Istanbul dan telah beberapa kali tukar kelab bola tampar.
5. Pernah menerima beberapa anugerah penghargaan antaranya The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, Vestel Venus Sultans League pada tahun 2017.
Ini termasuklah anugerah bagi pasukan iaitu FIVB Women’s Club World Championship ‘Best Middle Blocker’ dan pingat perlawanan peringkat kebangsaan.
6. Ditawarkan menjadi anggota bola tampar Turki pada Januari 2017 dan diserap masuk pada bulan Mac 2018.
7. Selain itu, penyandang posisi pemain tengah yang dikenali ‘middle blocker’ Turki itu juga sentiasa ceria, komited dan mudah tersenyum.
Artikel asal dari portal Maskulin.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Fri Jul 30 2021
Pemain bola tampar Turki, Zehra Gunes berjaya mencuri perhatian ramai dengan kecantikannya. -Instagram
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Tokyo 2020: Bagai ratu cantik di gelanggang, pemain bola tampar Turki ini curi perhatian
Bagai Ratu Cantik Di Gelanggang, Pemain Bola Tampar Turki Ini Jadi Perhatian Di Olimpik - MASKULIN