awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UKM cipta hijab khusus untuk peguam wanita

Umar Sadique
Umar Sadique
19/07/2022
02:40 MYT
UKM cipta hijab khusus untuk peguam wanita
HIJABBIB dicipta bagi mengatasi masalah keciciran bib yang wajib dipakai ketika prosiding mahkamah yang sering berlaku dalam kalangan peguam wanita Muslim. -Foto Inovasi@UKM
BANGI: Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan fesyen hijab pertama dikhususkan buat peguam wanita Muslim.
Ketua Penyelidik HIJABBIB, Saidatul Nadia Abd Aziz berkata tudung khas yang diberi nama ‘HIJABBIB” ini direka bagi mengatasi masalah keciciran bib yang wajib dipakai ketika menghadiri prosiding mahkamah yang sering berlaku dalam kalangan peguam wanita Muslim.
Jelas Saidatul Nadia yang juga Penolong Dekan (Pengajaran dan Citra) Fakulti Undang-Undang UKM, inovasi ini merupakan hasil kerjasama Prof Madya Dr Shahrul Mizan Ismail dan Dr Mohd Zamre Mohd Zahir yang menjalankan penyelidikan sejak tahun 2020.
Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis pelancaran HIJABBIB di UKM pada Isnin.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Prof Datuk Dr Wan Kamal Mujani dan Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi, Prof Madya Dr Wan Mohd Hirdawani Wan Hussain.
Tambah Saidatul, istimewanya HIJABBIB bukan sahaja sesuai digayakan ketika menghadiri sidang mahkamah, malah sesuai digayakan untuk kegunaan harian.
Katanya, HIJABBIB juga mampu menjimatkan masa pengguna kerana fungsinya yang praktikal. Ini termasuk, membolehkan si pemakai menukar gaya pada bila-bila masa mengikut keadaan.
Selain itu, bahan yang digunakan juga daripada kain premium yang mudah digosok, ringan, sejuk dan berkualiti, malah mudah dipakai sebelum menghadiri prosiding.
Ia juga mempunyai ukuran tertentu dan mengikut piawaian profesyen guaman yang telah ditetapkan.
Di samping itu, Saidatul berkata idea HIJABBIB itu tercetus pada 2020 dan merupakan produk inovatif penyelidikan pertama oleh Fakulti Undang-Undang UKM dan telah mendapat Anugerah Khas Perintis Inovasi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA 2022.
Topic Berkaitan
#INOVASI UKM
#HIJABBIB
#peguam wanita Muslim
#Saidatul Nadia Abd Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan