Perlawanan Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) antara Liverpool dan Tottenham Hotspur merupakan topik paling hangat dibincangkan di Twitter hari ini.

Dalam perlawanan itu Liverpool menang 3-2 menerusi gol kemenangan yang dijaringkan Mario Balotelli.

Gol tersebut merupakan yang pertama buat Balotelli dalam BPL sejak berpindah ke Liverpool dari AC Milan dengan nilai £16 juta Ogos tahun lepas.

Sebelum ini penyerang Itali yang disukai peminat Liverpool sering dikritik atas persembahannya yang hambar.
Namun Balotelli membuktikan kemampuannya dengan mendapatkan mata penting buat Liverpool untuk terus bersaing berada dalam kelompok empat pasukan terbaik liga.

Ramai yang hairan kenapa Balotelli tidak senyum selepas menjaringkan gol itu.

Balotelli kemudian memuat naik fotonya tersenyum di Instagram dengan menyatakan senyumannya hanya kepada orang yang sentiasa menyokongnya sahaja.


Peminat memuji Balotelli yang kembali bersinar dalam skuad Liverpool.


Tumpuan lain pada perlawanan itu ialah tweet daripada isteri kepada pemilik Liverpool, John W Henry, Linda yang mengucapkan tahniah kepada pemain Liverpool.

Selain itu ramai yang memuji penampilan Linda di Anfield.
Sementara itu, Nick Hughes menyindir peminat Liverpool yang memulakan kempen menyingkir pengurus Liverpool Brendan Rodgers.
Liverpool kini masih belum tewas dalam sembilan perlawanan dalam BPL sekaligus mempamerkan kebangkitan selepas permulaan yang hambar awal musim ini.