Peminat Liverpool dan pengulas sukan rata-rata mempertikai pemilihan pemain Liverpool menentang Real Madrid yang dibuat pengurusnya Brendan Rodgers, awal pagi tadi.
Ramai yang menganggap Rodgers sudah mengaku kalah dalam kejohanan peringkat Eropah itu selepas mencatat hanya satu kemenangan sahaja dalam tiga perlawanan.
Tweet yang paling popular adalah daripada bekas pemain England, Gary Lineker.
Lineker menyifatkan tindakan Rodgers merehatkan lima tonggak sebagai mengaku kalah sebelum bermain.
Perkara yang sama disuarakan pengulas sukan Sepanyol, Michael Robinson.
Lineker menambah, membariskan skuad yang dianggap lemah dalam kejohanan terkemuka Eropah menentang juara bertahan tidak sepadan dengan reputasi Liverpool.
Malah Lineker akan berasa sangat terkejut jika dia merupakan salah seorang bintang Liverpool yang direhatkan menentang juara Eropah.
Keputusan itu turut mendapat reaksi isteri kepada pertahanan utama Liverpool, Dejan Lovren, Anita yang turun ke stadium.
Anita terkejut dengan pemilihan skuad dengan berkongsi gambar anaknya yang hairan bapanya tidak bermain.
Rodgers bagaimanapun mempertahankan pemilihannya dan ia tiada kaitan dengan menyerah kalah atau memastikan pemainnya cergas menentang pendahulu liga, Chelsea hujung minggu ini.
Dalam perlawanan pada Selasa, Liverpool tumpas 1-0 kepada Real.
Ian Johan Ariff
Wed Nov 05 2014
Gambar fail - Brendan Rodgers
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Rodgers semakin hampir ke Old Trafford ganti Solskjaer?
Pengurus Leicester itu bergerak selangkah lebih dekat kepada tugasan di Old Trafford dengan mencari tempat tinggal di kawasan berdekatan.
Karakter kental Leicester dipuji
Percaturan memasukkan Jamie Vardy membantu skuad kendalian Rodgers itu meraih satu mata dalam minit kelima masa kecederaan.
Liverpool masih di puncak liga selepas Hari Krismas
Dapatkah Liverpool bertahan sehingga Mei 2019 untuk menamatkan kemarau gelaran liga utama Inggeris selepas 29 tahun?
Jurgen Klopp pilihan utama pengurus baharu gantikan Brendan Rodgers
Pemecatan Brendan Rodgers awal pagi tadi menjadikan bekas pengendali skuad Borussia Dortmund, Jurgen Klopp sebagai pilihan utama Liverpool untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus baharu kelab itu.
Liverpool pecat Brendan Rodgers
Berikutan satu lagi persembahan hambar daripada anak-anak buahnya, pengendali Brendan Rodgers dipecat dengean segera ketika Liverpool terikat seri 1-1 menentang Everton.
Peminat Liverpool semakin kecewa dengan Brendan Rodgers
Peminat Liverpool kecewa dengan taktik Brendan Rodgers selepas kalah 2-1 kepada Chelsea.
Brendan Rodgers menyerah kalah?
Peminat Liverpool dan pengulas sukan rata-rata mempertikai pemilihan pemain Liverpool menentang Real Madrid yang dibuat pengurusnya Brendan Rodgers.
Liverpool tersungkur di tempat sendiri
Hasrat liverpool meraih tiga mata penuh di Anfield tidak kesampaian selepas tewas 2-0 kepada West Brom.