Aplikasi telefon bimbit iOS bertukar warna merah hari ini bagi menyokong kempen (RED).

Beberapa aplikasi popular iOS dikemaskini hari ini sempena promosi khas bagi mengumpul dana amal untuk kempen (RED).

Sehingga kini antara aplikasi yang menyertai kempen tersebut ialah aplikasi muzik GarageBand yang menawarkan pembelian edisi khas termasuk pelbagai jenis dram dan gitar.

Setiap pembelian akan disalurkan kepada kempen (RED) yang bakal digunakan untuk dana dunia bagi memerangi wabak AIDS, batuk kering dan malaria.

Pembelian khas itu boleh dibeli pada harga RM3.30 sehingga 7 Disember ini.

Antara aplikasi lain yang menyertai termasuk permainan Monument Valley, Star Walk, Paper, Over, Heads Up, Three, Angry Birds, Clash of Clans, FIFA 15, Cut The Rope 2 dan beberapa lagi.

Menurut laporan 9to5mac.com, setakat Jun, Apple telah menyumbang RM251 juta untuk kempen (RED).

Apple merupakan penyumbang terbesar untuk kempen tersebut.