Kerajaan Malaysia membuat 19 permintaan untuk menyemak data atau maklumat melibatkan 24 akaun pengguna Facebook.

Permintaan berkenaan dibuat antara bulan Januari sehingga Jun 2014.

Data itu boleh dilayari melalui sub-domain yang dipanggil ‘Government Request Report’ milik Facebook.

Sub-domain itu diwujudkan bagi membuktikan ketelusan pengurusan data oleh Facebook.

Secara keseluruhan, sejak Januari 2013, kerajaan Malaysia membuat permintaan menyemak 245 akaun pengguna Facebook.

Facebook menjelaskan langkahnya menerbitkan laporan tersebut untuk membolehkan penggunanya faham mengenai jenis permintaan dan langkah menguruskan permintaan maklumat berkenaan.

Menurut Facebook lagi, pegawai kerajaan akan membuat permintaan untuk data tentang penggunanya sebagai sebahagian daripada siasatan rasmi.

Sebahagian besar daripada permintaan tersebut adalah berkaitan dengan kes-kes jenayah seperti rompakan dan penculikan.