APA lagi yang kita hendak kata tentang Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini? Secara umumnya, adakah apa-apa yang baharu? Bukankah setiap tahun apabila laporan itu dikeluarkan ceritanya sama?
Tema ceritanya sama: barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya diperolehi dengan harga yang rendah dibayar dengan harga yang tinggi; projek yang sepatutnya diuruskan dengan baik, jadi tidak teratur dan terlewat daripada jadual; belanja yang tidak berhemat; kerja yang tidak dirancang dengan teliti, pengurusan tidak cekap dan banyak lagi.
Itu ini, begitu begini; yang itu, itu juga.
Apakah yang dipelajari daripada laporan yang dikeluarkan saban tahun itu? Apakah sebenarnya ada pelajaran yang diambil? Apakah pula sikap penjawat awam di kementerian, jabatan dan badan berkanun terhadap laporan itu?
Adakah mereka peduli?
Apa yang ternampak daripada laporan audit negara setiap tahun ini ialah mereka yang terlibat semacam tidak peduli. Kalau mereka peduli, hal-hal seperti itu tidak akan terjadi lagi. Tetapi sebaliknya itu ini, begitu begini, akhirnya yang itu, itu juga
Itulah juga pandangan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd Tap Salleh dalam wawancara bersama Astro AWANI. Beliau membangkitkan soal sikap di kalangan kementerian, jabatan dan badan berkanun yang ambil mudah semua teguran Ketua Audit Negara kerana yang ditegur bukan mereka tetapi kementerian, jabatan dan badan berkanun lain.
Ini bukan soal kementerian, jabatan atau badan berkanun yang mana atau di bawah bidang kuasa siapa. Rakyat buta kepada semua itu. Bagi rakyat, kementerian, jabatan dan badan berkanun itu secara pakejnya ialah kerajaan — kerajaan yang mereka pilih melalui pilihan raya dan diberi amanah serta tanggungjawab untuk menguruskan negara dengan duit cukai yang mereka bayar.
Itu saja.
Itu sebabnya semua kementerian, jabatan dan badan berkanun perlu ambil peduli. Ambil peduli itu satu kerja mesti.
Mereka mesti peduli kerana kita peduli — sangat peduli. Sebagai rakyat, kita peduli kerana yang dibazirkan itu adalah wang yang kita bayar sebagai cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap tahun serta lain-lain cukai yang dikenakan ke atas kita.
Maka itu, kita berhak bertanya dan kita harus bertanya. Berhak bertanya dan (berani) melontarkan pertanyaan adalah dua perkara yang tidak sama. Misalnya, seseorang boleh melintas jalan tetapi kalau dia memilih untuk tidak membuka langkah untuk berjalan, tegaklah dia jadi macam tugu di tepi jalan.
Kita pun sama. Sekiranya kita tidak bertanya, jadilah kita pembaca laporan audit tahunan yang setiap tahun ditunjukkan dengan cerita yang sama. Memang ada penambahbaikan di sana sini tetapi secara keseluruhannya masih lagi itu ini, begitu begini; yang itu, itu juga.
Itu sebabnya kita wajar bertanya: Apakah mereka yang terlibat dalam semua pendedahan yang memalukan ini sedar diri, ada maruah dan tahu malu? Sedar diri, ada maruah dan tahu malu itu adalah ciri-ciri integriti yang paling asas. Itulah juga nilai-nilai yang diajar sejak tadika — ikut peraturan; jangan ambil barang yang bukan hak sendiri; kalau buat sepah, kemas sendiri dan kalau buat silap, minta maaf.
Adakah mereka yang terlibat rasa ini semua?
Itu yang kita kena tanya. Kerja bertanya itu tidak salah sebaliknya tidak bertanya itulah yang menjadi satu dosa — dosa kepada bangsa dan negara, dosa kepada anak cucu dan masa depan tetapi yang lebih pentingnya ialah dosa kepada diri sendiri.
Kalau kita sebagai ibu dan ayah pun biasa bertanya kepada anak-anak ke mana dan bagaimanakah duit jajan sekolah dibelanjakan, salahkah kalau rakyat dan pembayar cukai bertanya hal yang sama yang berbangkit daripada pendedahan laporan audit itu?
Ada banyak hal sebenarnya yang telah ditanyakan oleh media dan banyak juga pertanyaan-pertanyaan lain yang timbul selepas media melaporkan dengan agak bersemangat isi kandungan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan awal minggu ini.
Tetapi dalam masa beberapa hari lagi, semua ini akan reda. Setahun lagi, kita akan didedahkan dengan laporan audit yang baru — dan ceritanya nanti mungkin sama: itu ini, begitu, begini; yang itu, itu juga.
Apa lagi yang hendak kita kata?
Noor Azam Shairi
Fri Oct 04 2013
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Pengaruh pemberontak semakin kuat & meluas di Colombia
Seorang kanak-kanak memegang belon berwarna merah, kuning dan biru -warna bendera negara Colombia di sebuah sekolah yang dibina serta dibiayai sepenuhnya oleh Estado Mayor Central (EMC), kumpulan yang diselia oleh pemberontak yang menguasai pelbagai kawasan di negara itu.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Palestin mohon Mesir benarkan permit sementara buat rakyat
Kedutaan Palestin Mesir memohon agar rakyatnya diberikan permit kependudukan untuk sementara waktu.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Polis surai himpunan dengan bom flash bangs
Selepas gagal untuk mematuhi arahan bersurai dalam tempoh 24 jam, polis bertindak lebih ganas dengan merempuh penghadang yang menempatkan kem penyokong Palestin di Universiti California, Los Angeles (LA).
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
AS tak senang Malaysia pertahankan Iran
Mohamed Nazri memaklumkan, ini kali kedua beliau dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat sejak mula bertugas lebih setahun yang lalu.
Bantuan untuk selesaikan isu bekalan air, miskin tegar - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan 20 juta ringgit bagi menyelesaikan isu bekalan air berikutan cuaca panas yang melanda Kelantan sehingga menyaksikan penyurutan air sungai dan menjejaskan tanaman padi.
Cadangan wujud unit integriti dalam Pejabat Menteri Besar
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bercadang untuk mewujudkan unit integriti di dalam Pejabat Menteri Besar bagi mengurus tadbir kerajaan dengan lebih telus dan berwibawa.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa depan.
Tanah runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah
Arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Hanya 37 inisiatif selesai, belum terlambat kaji semula NACP - Pakar
Kerajaan perlu melihat semula Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang digariskan sebelum ini dalam memerangi rasuah dan intergriti dalam masyarakat.
Pemantapan tata kelola organisasi melalui AIGA
AIGA merupakan salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).
Bulan Integriti Nasional 2022: Integriti Teras Keluarga Malaysia
"lntegriti Teras Keluarga Malaysia" telah dipilih sebagai tema sambutan Bulan Integriti Nasional 2022 yang disambut pada 5 November setiap tahun.
Rasuah Busters: Kerjasama rentas agensi perlu lebih strategik, sistematik tingkat integriti
Menurut Global Financial Integrity Report 2017, antara tahun 2005 hingga 2014 Malaysia telah kehilangan RM1.8 trillion menerusi aliran kewangan tidak sah dan sebahagian daripadanya berpunca dari
Hari Integriti Nasional platform organisasi tingkatkan governans, integriti dan antirasuah
IIM juga berperanan untuk memberikan konsultasi dan nasihat kepada ketua badan awam dan swasta dalam mengenal pasti punca risiko kepada berlakunya rasuah.
Bermulanya norma baharu kesiapsagaan organisasi komersial
Semua organisasi komersial tidak boleh lari dan wajib berjaga-jaga, berhati-hati serta senantiasa patuh kepada peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Ikrar Kastam kukuh integriti, perangi ketirisan
Subromaniam menyatakan sumber terbesar ketirisan adalah kerana penipuan komersial, penyeludupan dan pengelakan cukai, tidak berintegriti dan salah guna fasiliti.
PSMB, INTEGRITI meterai MoU tingkatkan integriti syarikat
Trend analisis yang kita ada daripada data yang dikumpulkan membantu kita untuk wujudkan penyelesaian yang lebih baik.
Institut Integriti Malaysia bantu kerajaan negeri gubal pelan integriti
Menerusi program Roadshow INTEGRITI, pihaknya akan membantu kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Kelantan dalam merangka pelan integriti peringkat negeri.