
Hukuman jenayah perhilitan: KATS minta Sabah, Sarawak pinda hukuman
Pinda peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan perhilitan untuk memastikan tindakan penguatkuasaan dan hukuman yang setimpal
Mon Oct 21 2019

PayPal berhentikan 2,000 kakitangan berikutan kelembapan makroekonomi
Syarikat perkhidmatan kewangan PayPal dilaporkan akan mengurangkan 2,000 kakitangan di seluruh dunia selepas berdepan dengan kelembapan makroekonomi sekaligus memberi kesan kepada perniagaan firma itu
Thu Feb 02 2023

15 motosikal hangus
Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya pada Khamis.
Thu Feb 02 2023

Serangan Nekad | Suspek kes letupan bom di masjid Pakistan ditahan
Beberapa suspek ditahan polis, dipercayai ada kaitan dengan kes pengebom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid dekat Pakistan. Polis kini sedang menyiasat kemungkinan pengebom itu mempunyai bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.
Thu Feb 02 2023

Ekonomi AS | The Fed naikkan kadar faedah kecil, kenaikan berterusan
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) melanjutkan perjuangannya menentang inflasi dengan menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak suku mata, kenaikan kelapan sejak Mac 2022. FED turut memberi isyarat walapun inflasi semakin berkurangan, ia masih cukup tinggi untuk memerlukan kenaikan kadar faedah selanjutnya.
Thu Feb 02 2023

COVID-19 | Draf global tekankan ekuiti, elak kegagalan COVID berulang
Menurut draf awal perjanjian pandemik global yang disemak Reuters, ia termasuk langkah untuk menempah 20 peratus daripada ujian saringan, vaksin atau rawatan yang dibangunkan agar ia digunakan di negara-negara berpendapatan rendah.
Thu Feb 02 2023

Hina Islam | Insiden bakar al-Quran, OIC tuntut tindak balas tegas
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuntut 'tindak balas yang tegas' terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini. Blok Islam itu menyuarakan pendirian bersama terhadap penghinaan al-Quran baru-baru ini dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di Jeddah, Arab Saudi.
Thu Feb 02 2023

COVID-19 | 325 kes baharu, tiada kematian dilaporkan
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada bawah 500 kes untuk 25 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Rabu naik kepada 325 berbanding 251 kes yang dicatatkan hari sebelumnya dan daripada jumlah itu, 2 adalah kes import.
Thu Feb 02 2023

Jenayah | Alec Baldwin didakwa secara rasmi tembak mati kru filem
Pelakon, Alec Baldwin secara rasmi didakwa pada Selasa atas tuduhan membunuh tanpa sengaja seorang ahli sinematografi di set filem 'Rust' pada Oktober 2021. Halyna Hutchins meninggal dunia ketika penggambaran filem itu' di Santa Fe, New Mexico selepas Baldwin melepaskan tembakan daripada pistol prop semasa latihan diadakan.
Thu Feb 02 2023

Krisis Myanmar | Junta umum lanjut tempoh darurat enam bulan
Junta Myanmar melanjutkan tempoh darurat negara itu selama enam bulan lagi. Perkara itu diumumkan dalam televisyen tempatan oleh pemimpin junta, Jeneral Min Aung Hlaing dalam pertemuan dengan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC). Beliau turut berkata pilihan raya berbilang parti mesti diadakan 'mengikut kehendak rakyat'.
Thu Feb 02 2023

UK Mogok | 500,000 guru, penjawat awam sertai 'Walkout Wednesday'
Dianggarkan sehingga setengah juta penunjuk perasaan terdiri daripada guru, penjawat awam dan pemandu kereta api Britain mengadakan mogok besar-besaran di London yang dikenali sebagai 'Walkout Wednesday'. Mogok yang menuntut gaji yang lebih tinggi itu adalah koordinasi terbesar pernah diadakan selama dalam tempoh sedekad.
Thu Feb 02 2023