Skip to main content
Advertisement
1,726 projek perumahan swasta sakit, terbengkalai berjaya dipulihkan – Nga Kor Ming

1,726 projek perumahan swasta sakit, terbengkalai berjaya dipulihkan – Nga Kor Ming

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sebanyak 1,726 projek perumahan swasta berjaya dipulihkan sehingga Ogos 2026, melibatkan hampir 200,000 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM158 bilion.

Daripada jumlah itu, 147 projek dipulihkan daripada status sakit kepada lancar, 1,542 projek disiapkan sepenuhnya dengan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), manakala 37 projek terbengkalai berjaya dipulihkan.