Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata kementerian menyasarkan sifar projek perumahan sakit dan terbengkalai menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Reformasi Perumahan MADANI.
Beliau berkata antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk sistem pemantauan HIMS, TEDUH, audit berkala Akaun HDA serta pembangunan sistem 'Big Data Analytics', selain pelancaran inisiatif 'Option to Purchase' dan 'Order to Build' yang dijadualkan bulan depan.