28 maut, 9,074 kes direkod, 28 juta vaksin sedia diedarkan
Sekurang-kurangnya 28 orang maut akibat wabak campak di Mexico sejak 2025, dengan 9,074 kes direkodkan setakat 11 Februari 2026. Presiden Claudia Sheinbaum mengesahkan 28 juta dos vaksin campak tersedia dan mencukupi. Mexico City menggerakkan 300 briged serta membuka 124 pusat vaksinasi. Sebanyak 923,000 dos vaksin telah diberikan sejak Ogos 2025.