Caruman hari ini, bantuan saat tidak terduga, itulah PERKESO
Diberhentikan kerja dalam masa 48 jam, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin terkedu dan tidak tahu bagaimana mahu meneruskan hidup. Enam bulan menganggur, hanya satu ‘rakan’ yang terus membantu — PERKESO. Tanpa disedari, caruman yang dibayar ketika bekerja menjadi talian hayat ketika paling diperlukan.