AWANI Pagi: UNIMAP | Inovasi Kejuruteraan Memacu Kemajuan Industri & Teknologi
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu NANASCARE yang merupakan Teknologi Mekanisasi Ladang Nanas dan NS-UR Flux Cored Lead-Free Solder Wire yang merupakan Teknologi Dawai Pateri Tanpa Plumbum.