UniMAP terap AI merentas disiplin, perkasa keupayaan graduan
Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, berkata elemen kecerdasan buatan (AI) kini diintegrasikan merentas disiplin pengajian bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja memahami dan mampu mengaplikasikan teknologi itu, malah berupaya membangunkan penyelesaian berasaskan AI. Beliau berkata, 85 peratus program sarjana muda UniMAP mempunyai sekurang-kurangnya satu kursus berkaitan AI, dengan kurikulum merangkumi bidang seperti pembelajaran mesin (machine learning), Internet Benda (IoT), keselamatan siber dan sistem pintar.