AWANI Pagi: Keselamatan digital | Daripada kesedaran kepada tindakan
Dunia digital menawarkan pelbagai kemudahan, tetapi turut hadir dengan risiko seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyalahgunaan data peribadi dan penyebaran maklumat palsu.
Persoalannya, adakah kita benar-benar celik digital atau sekadar aktif di media sosial?
Menerusi COMMED 2026, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM memperkenalkan Ikrar Keselamatan Digital serta inisiatif Digital Changemakers bagi memperkasa mahasiswa sebagai penggerak kesedaran dan perubahan dalam komuniti.