AWANI Pagi: HARA 2026 | Integriti korporat, tanggungjawab bersama
Sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2026, sejauh mana sektor korporat mampu memainkan peranan dalam membudayakan integriti dan membanteras rasuah? Bersama Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Samsul bin Salip, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, kita mengupas kepentingan penglibatan sektor swasta dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan akauntabiliti serta menjadikan integriti sebagai amalan dalam setiap urusan perniagaan.