Skip to main content
Advertisement
Jerebu Rentas Sempadan: Malaysia utus surat ke Indonesia, Sekretariat ASEAN

Jerebu Rentas Sempadan: Malaysia utus surat ke Indonesia, Sekretariat ASEAN

Malaysia menerusi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dan kerajaan Indonesia berhubung situasi kebakaran hutan serta jerebu rentas sempadan yang melanda negara terutama Sarawak ketika ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, surat kepada kedua-dua pihak itu akan dihantar kementerian berkenaan dalam masa terdekat.