Exco Johor | Wajah baharu ganggu-gugat politik UMNO
Pelantikan wajah baharu dan muda dalam barisan exco negeri Johor boleh mengganggu gugat kestabilan politik, terutamanya kepada struktur parti yang mentadbir.
Felo Penyelidik Ilham Centre, Dr Hamidin Abd Hamid menjangkakan, pelantikan exco negeri itu akan menyebabkan lebih banyak percaturan politik selepas ini, khususnya dalam konteks parti.