Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu di Sarawak
Seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia 10 tahun dari Kuching menjadi korban terbaharu jangkitan rabies di Sarawak.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak menerusi kenyataan memaklumkan, mangsa mempunyai sejarah digigit anjing terbiar pada 11 Februari lalu dan dilaporkan hanya mencuci luka sendiri di rumah tanpa mendapatkan rawatan lanjut.