Kerajaan MADANI tidak akan perkenal semula GST kerana bebankan rakyat – PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hasil SST ketika ini bersamaan 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu kadar sama yang dicatatkan GST pada 2017.
“GST itu cukai kepada rakyat terbanyak, manakala SST adalah cukai kepada peniaga,” jelas PM.