Skip to main content
Kremlin tekad perkukuh pakatan dengan Beijing

Kremlin tekad perkukuh pakatan dengan Beijing

Rusia menjangkakan lawatan Presiden Vladimir Putin ke China minggu ini akan memperkukuh hubungan strategik dengan Beijing, ketika kedua-dua negara terus memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang di tengah perubahan landskap geopolitik global dan ketegangan dengan Barat.