Malaysia bincang keperluan stok simpanan minyak serantau
ASEAN sedang meneliti keperluan membangunkan rangka kerja bagi usaha stok simpanan minyak serantau sebagai langkah memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga jangka panjang.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia antara fokus perbincangannya bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong sempena Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-27 di Filipina.