Malaysia capai persetujuan pembiayaan iklim menerusi COP31
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata Malaysia memperoleh beberapa hasil penting menerusi penyertaan dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP31) di Antalya, Türkiye.
Antara hasil utama rundingan yang dipersetujui negara anggota ialah pelaksanaan program kerja pembiayaan iklim bagi tempoh 2027 hingga 2028 untuk mengoperasikan Artikel 9.1 Perjanjian Paris, yang mewajibkan negara maju menyediakan pembiayaan kepada negara membangun. #AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat