Produktiviti tidak seiring dengan kenaikan gaji – Menteri Ekonomi
Menteri Ekonomi berkata peningkatan produktiviti tidak hanya bergantung kepada pekerja, sebaliknya turut dipengaruhi faktor lain seperti pelaburan modal oleh majikan dan penggunaan teknologi. Beliau berkata kementeriannya, menyasarkan bahagian pampasan kepada pekerja meningkat kepada 40 peratus menjelang 2030, berbanding 33.9 peratus ketika ini.