“Muar satu hari nanti boleh jadi Perdana Menteri” – YB Hulu Langat
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan melontarkan pertanyaan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai apa tindakan yang akan diambil sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri dalam menangani isu jerebu yang melanda negara.