Meta Platforms menafikan tuduhan bahawa syarikat itu sengaja mereka bentuk Facebook dan Instagram bagi menyebabkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak demi meraih keuntungan. Perbicaraan melibatkan saman oleh 29 negeri Amerika Syarikat itu berpotensi membawa penalti sehingga AS$1.4 trilion serta perubahan terhadap operasi kedua-dua platform.