Skip to main content
Advertisement
Muara Arts hidupkan semula Medan Pasar dengan seni Asia Tenggara

Muara Arts hidupkan semula Medan Pasar dengan seni Asia Tenggara

Medan Pasar, kawasan bersejarah yang menjadi tempat lahirnya Kuala Lumpur, bakal melalui fasa baharu sebagai destinasi seni dan kebudayaan menerusi pembukaan Muara Arts pada Ahad (1 November).

Berlangsung dari 1 November 2026 hingga 4 April 2027, pameran berkenaan mengetengahkan kepelbagaian sejarah, budaya dan perspektif yang membentuk Asia Tenggara menerusi karya seni daripada pelbagai latar dan pendekatan.