AWANI Pagi: Makanan sihat semakin jauh dari poket rakyat
Ramai rakyat mahu mengamalkan pemakanan sihat, namun tidak sedikit yang berdepan cabaran apabila pilihan makanan yang lebih berkhasiat sering dilihat lebih mahal berbanding makanan yang lebih murah dan mudah diperoleh. Daripada buah-buahan segar dan sayur-sayuran hinggalah kepada sumber protein yang berkualiti, faktor harga semakin mempengaruhi pilihan pemakanan masyarakat. Dalam keadaan kos sara hidup yang terus meningkat, isu ini turut menimbulkan persoalan mengenai akses kepada makanan sihat, corak pemakanan rakyat serta kesannya terhadap kesihatan dalam jangka panjang.