Skip to main content
Advertisement
Bantuan sekolah agama tidak automatik, institusi perlu mohon kepada JAKIM – Marhamah

Bantuan sekolah agama tidak automatik, institusi perlu mohon kepada JAKIM – Marhamah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata bantuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah agama rakyat tidak disalurkan secara automatik, sebaliknya memerlukan permohonan kepada JAKIM tertakluk kepada syarat dan kriteria kelayakan.

Setakat 30 April 2026, sebanyak RM22.501 juta telah diagihkan kepada 309 institusi pendidikan Islam, manakala proses agihan seterusnya diselaraskan melalui ICU JPM mulai Mei secara berperingkat.