PDRM tingkat keupayaan risikan, awasi aktiviti ekstrem lebih awal - Shamsul Anuar
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan Parlimen bahawa PDRM memperkukuh risikan dan pemantauan media sosial untuk mengesan perancangan unsur ekstrem lebih awal.
Kerjasama strategik dengan agensi tempatan dan antarabangsa seperti MCMC, Interpol dan ASEANAPOL turut dijalankan bagi memperluas keberkesanan pengesanan.
