Pelaksanaan MLFF: Kos RM3 bilion sudah tidak wujud - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu Parlimen bahawa RM3 bilion kini tidak membabitkan kerajaan kerana pelaksanaan MLFF dijalankan secara B2B.
Beliau menekankan syarikat konsesi perlu memilih sistem kompetitif bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terjaga tanpa sebarang caj tambahan.
