Malaysia tidak kenakan tarif balas, runding pihak berkuasa A.S cari penyelesaian
Malaysia tidak bercadang mengenakan tarif balas sebagai langkah mempertahankan prinsip perdagangan bebas dan adil, susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif sebanyak 10 peratus ke atas eksport Malaysia ke negara itu serta pengenalan tarif timbal balik.