Perpecahan kumpulan pemisah yaman, bayangan konflik Arab Saudi-UAE
Kumpulan pemisah utama di Yaman dilihat berdepan perpecahan dalaman apabila beberapa anggotanya pada Jumaat mengumumkan pembubaran kumpulan tersebut, mencerminkan pertelagahan antara dua kuasa Teluk, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang semakin ketara susulan kemaraan kumpulan itu bulan lalu.
