Tiada damai tanpa isu wilayah, rundingan AS‑Ukraine di Abu Dhabi
Rusia mengesahkan rundingan keselamatan tiga hala bersama Amerika Syarikat dan Ukraine akan berlangsung di Abu Dhabi. Namun Kremlin menegaskan keamanan berkekalan hanya boleh dicapai jika isu wilayah diselesaikan. Presiden Vladimir Putin berkata Rusia berminat dengan penyelesaian diplomatik, tetapi operasi ketenteraan akan diteruskan selagi syarat itu tidak dipenuhi.
