DRB-Hicom Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM173.27 juta bagi tempoh suku pertama berakhir 31 Mac, 2020.
Menurut kumpulan itu, pandemik COVID-19 terbukti memberi kesan terhadap perniagaannya manakala aliran pertukaran asing yang kurang memberangsangkan pada suku itu menyebabkannya merekodkan kerugian kira-kira RM72 juta membabitkan bayaran dan pinjaman dalam denominasi mata wang asing.
Konglomerat itu meraih hasil sebanyak RM2.74 bilion pada suku tersebut, didahului oleh sumbangan sektor automotif yang menjana jualan RM1.81 bilion, sektor perkhidmatan RM830.49 juta manakala sektor hartanah sebanyak RM93.3 juta, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Bagaimanapun, tiada sebarang suku perbandingan berikutan langkah kumpulan itu mengubah tahun kewangannya berakhir dari Mac kepada Disember pada tahun sebelum ini.
Menurutnya, jualan sektor automotif dipacu oleh pengeluar kereta nasional, Proton dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 terus menerajui kategori itu.
"Sektor perkhidmatan DRB-Hicom pula menyaksikan jumlah bungkusan kendalian Pos Malaysia meningkat, didorong oleh pertumbuhan aktiviti e-dagang dan pemasaran dalam talian," katanya.
Selain itu, segmen mel turut mencatat peningkatan kecil khususnya pada Februari walaupun impak COVID-19 adalah ketara pada Mac yang menjejaskan perolehan hasil.
"Sektor hartanah merekodkan jumlah lebih rendah dalam subsektor pembinaan dan menyebabkan hasil lebih rendah," katanya.
Dalam pada itu, DRB-Hicom merancang untuk melaksanakan strategi promosi dan melancarkan model-model baharu bagi meningkatkan perniagaan automotifnya tahun ini.
Prospek bagi segmen pertahanan, aeroangkasa, pos dan logistik, perbankan, perkhidmatan dan pembinaan juga kekal lemah kerana turut dijejaskan oleh ketidaktentuan usaha berpanjangan bagi menangani impak COVID-19.
"Prestasi operasi kami bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 akan turut terjejas akibat krisis pandemik yang masih berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
DRB-Hicom merancang melaksanakan strategi promosi dan melancarkan model-model baharu bagi meningkatkan perniagaan automotifnya tahun ini. - Gambar fail
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
Undang-undang tuntutan bayaran berita dalam talian perlu kajian menyeluruh - Pakar
Menurut penganalisis, tiba masanya kerajaan menimbangkan cadangan melaksanakan akta berkenaan bagi memastikan industri media kekal mampan.
Bayaran petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai
Sehingga 23 Jun 2023, pembayaran IKH dan TNT telah selesai 100 peratus di sembilan negeri.
Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna baca artikel - Musk
Fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna.
'Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar
"Saya bukan nak panjangkan hal ini tetapi saya rasa maruah dah tercalar disebabkan kenyataan isterinya."
Apple Pay akhirnya tiba di Malaysia
Ciri itu membolehkan pengguna melakukan pembayaran tanpa sentuh dengan peranti iOS seperti iPhone dan Apple Watch.
Perkhemahan, parkir kenderaan di Pantai Air Papan akan dikena bayaran mulai 1 Julai
Majlis Daerah Mersing (MDM) akan mengenakan bayaran bagi aktiviti perkhemahan dan meletak kenderaan di Pantai Air Papan di sini berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram
Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.
PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM
Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara
Kerajaan sudah selesai membeli dan membayar bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam negara.
COVID-19: Kakitangan positif, Puspakom Kota Kinabalu ditutup bermula hari ini
Langkah penutupan serta-merta itu dilakukan agar proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh dapat dilaksanakan di premis itu.