Kerajaan negeri Sabah bersedia untuk bertindak sebagai pemangkin bagi mewujudkan banyak peluang perdagangan dan pelaburan penting yang akan membantu menjalin hubungan ekonomi antara Sabah dan China, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan terus menyokong usaha sektor swasta dalam menggalakkan perdagangan dan pelaburan antara Sabah dan China oleh kerana Sabah adalah rakan kongsi perdagangan dengan China sejak sebelum kemerdekaan dan banyak pendatang dari tanah besar itu menetap di Sabah.
"Kini jenis perniagaan dan perdagangan dengan China telah berkembang. Oleh itu kita terus membuka lebih banyak pelaburan dan kerjasama dalam bidang minyak dan gas, pertanian dan ternakan, infrastruktur dan perdagangan," katanya pada majlis ulang tahun ke-44 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China serta ulang tahun kelima Persatuan Persahabatan Ma Zhong, di sini pada Ahad.
Dalam ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Musa berkata Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia juga telah mendapat manfaat dalam hubungan antara Malaysia dan China.
"Pembukaan Pejabat Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu adalah bukti mengenai perkongsian strategik ini yang telah memperkuat hubungan dua hala dan kerjasama erat terutama dalam bidang pendidikan, budaya, pelancongan dan perdagangan.
"China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2010 dan Malaysia kekal sebagai rakan dagang ASEAN terbesar China sejak tahun 2009," katanya.
Sehubungan itu, Musa berkata kerajaan negeri akan terus menyokong kegiatan Persatuan Persahabatan Ma Zhong Sabah untuk mengukuhkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara dan sebagai tanda sokongan, kerajaan negeri menyumbangkan RM50,000 kepada persatuan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2018
Pairin bersama 'Consulate-General of the Peoples Republic of China in Kota Kinabalu', Liang Caide memotong kek bersama-sama pada Majlis Ulang Tahun Ke-44 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada Ahad, 28 Jan, 2018. --fotoBERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.